Logo Sekolah

Logo Sekolah

Guru SK Palong 7 (F)

Guru SK Palong 7 (F)

Cari Blog Ini

Bahagian Pendidikan Guru


Direktori Kepakaran
Jurnal On-Line

Rabu, 1 Julai 2009

CARTA ORGANISASI

LAMAN PSS


PSS AKU

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan palong 7 (f) telah di buka pada 4 Januari 1982 dengan menumpang bangunan sementara Pejabat Felda Palong 7 yang mengandungi 4 bilik darjah sahaja. Murid-murid yang belajar di sekolah ini pada masa itu terdiri daripada anak-anak penduduk Felda Palong 7 dan Felda palong 8 juga sebahagian kecil anak-anak penduduk Kampung Jeram Panjang yang merupakan generasi pertama.

Keramaian murid pada awalnya ialah 238 orang murid Melayu, dan 28 orang murid India. Murid-murid belajar dalam 7 aliran / kelas dengan tenaga pengajar pada masa itu terdiri daripada 4 orang guru terlatih dan 5 orang guru sementara dengan diketuai oleh En. Abdul Malek Bin Ujang. Beliau merupakan Guru Besar pertama di Sek. Keb. Palong 7(f). oleh kerana kekurangan bilik darjah maka pihak sekolah terpaksa mengunakan 3 buah rumah kediaman sebagai bilik darjah tambahan bagi menampung kekurangan kelas.

Pada 27 April 1983 , dengan bantuan kerajaan bangunan sekolah kekal telah siap dibina dan boleh digunakan. Bangunan kekal ini mengandungi 12 buah bilk darjah, 1 bilik pejabat, 1 bilik guru, 1 bilik perpustakaan, 1 bilik muzik, 1 bilik kegiatan Agama Islam, 1 bilik pemuluhan dan sebuah kantin. Keramaian murid pada tahun itu ialah 584 orang murid. Oleh kerana sekolah memerlukan 15 buah bilk darjah bagi menampung semua murid maka bilik muzik, bilik kegiatan Agama Islam dan bilik pemulihan terpaksa diubahsuai menjadi bilik darjah. Pada masa itu bilangan tenaga pengajar telah meningkat kepada 16 orang guru yang terdiri daripada 13 orang guru terlatih dan 3 orang guru sementara.

Pada tahun 1984, jumlah murid telah meningkat kepada 767 orang murid. Mereka belajar di dalam 18 buah kelas dari tahun 1 hingga tahun 6. oleh kerana kekurangan bilik darjah maka persekolah terpaksa diubah kepada 2 sessi persekolahan iaitu sessi pagi dan petang. Guruguru yang bertugas pada masa itu seramai 19 orang guru.

Pada tahun 1985 jumlah murid telah bertambah lagi seramai 107 orang murid dengan keseluruhan seramai 874 orang murid. Tenaga pengajarnya pula seramai 29 orang guru. Pada Januari 1986 pula, keramaian murid telah bertambah menjadi 1024 orang murid dengan tenaga pengajarnya 28 orang guru. Bilangan murid terus bertambah dari setahun ke setahun iaitu pada tahun 1987, bilangan murid seramai 1182 orang murid, tahun 1989 – 1990 (1845 0rang murid) dan bilangan guru seramai 38 orang guru. Untuk menampung bilangan murid yang bertambah dari setahun ke setahun, satu blok bangunan tambahan projek gotong royong yang mengandungi 4 bilik darjah telah siap dan boleh digunakan pada 20 April 1987

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pada 1988 satu lagi blok bangunan telah dibina dengan mengandungi 4 bilik darjah untuk menampung bilangan murid yang seramai 1542 ornag murid dan tenaga pengajar seramai 35 orang guru. Bangunan ini telah siap dibina dan boleh digunakan sepenuhnya pada 12 Januari 1989. Pada tahun 1989 bilik Pusat Sumber telah diubahsuai menjadi bilik darjah bagi menampung bilangan murid yang bertambah seramai 1689 orang murid dan bilangan guru seramai 61 orang pada tahun itu. Maka satu bangunan khas Pusat Sumber telah siap dibina dan dibuka sepenuhnya pada bulan Mei 1990. Pada 25 Januari 1991 satu blok bangunan 4 bilik darjah telah siap dan digunakan bagi menampung bilangan murid yang bertambah menjadi 1845 orang murid dan tenaga pengajar seramai 69 orang guru. Pada tahun 1992 keramaian murid bertambah kepada 1987 orang murid.

Mulai pada 1 januari 1996 Sek. Keb. Palong 7 (f)kembali pada 1 sessi persekolahan iaitu waktu pagi. Ini kerana Sek. Keb. Palong 8 telah siap dibina sepenuhnya dan sessi persekolahan juga dapat dijalankan. Pembinaan Sek. Keb. Palong 8 dibina bagi menampung bilangan murid yang bertambah setiap tahun dimana terdiri daripada anak- anak peneroka Felda Palong 7 dan 8 serta Kampung Jeram Panjang. Sehinggalah pada tahun 2005 jumlah murid seramai 575 orang murid dengan tenaga pengajar seramai 34 orang guru terlatih. Tahun 2006 (549 orang murid), (32 orang guru).

Sek. Keb. Palong 7 (f) sehingga kini mempunyai :


ü 12 buah bilik darjah,

ü 4 buah bilik / 1 dewan

ü 1 bilik guru,

ü 1 bilik pejabat,

ü 1 bangunan surau,

ü 1 bilik pemulihan,

ü 1 bengkel kemahiran hidup,

ü 1 makmal sains,

ü 1 bilik gerakan,

ü 1 stor sukan, 1

ü bangunan pusat sumber,

ü 1 bangunan kantin,

ü 1 bangunan makmal computer

ü 1 bangunan dewan sekolah / peperiksaan

ü 1 bilik kaunseling

ü 1 bilik muzik / J-Qaf

ü 1 bilik BBM

ü 2 bilik Pra Sekolah

ü 1 kedai sekolah

ü 1 bilik BOSS / buku teks

PIAGAM PSS

SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 7 (F)

73470 GEMAS.

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

PIAGAM PELANGGAN

PERPUSTAKAAN SEKOLAH

1. Melaksanakan sekurang-kurangnya satu sub-bidang perpustakaan latihan dalaman setahun bagi setiap panitia kepada semua guru bagi setiap panitia dalam setiap latihan dalaman.

2. Memastikan pesanan bahan, alat dan perkhidmatan dihantar kepada Guru Besar untuk pertimbangan dalam masa satu hari selepas keputusan mesyuarat guru-guru perpustakaan dibuat.

3. Memastikan pinjaman setiap sebuah buku dapat dibuat dalam masa satu minit oleh pengawas perpustakaan di kaunter edaran.

4. Memastikan semua kelas berpeluang menggunakan perpustakaan dan membuat pinjaman buku sekurang-kurangnya dua kali dalam masa setiap satu minggu kalendar persekolahan.

5. Memastikan latihan dan bimbingan pengurusan perpustakaan diberikan kepada semua Pengawas Perpustakaan Sekolah dibuat sekurang-kurangnya satu kali sebulan.

6. Memastikan mesyuarat-mesyuarat berikut diadakan sekurang-kurangnya :

a. Mesyuarat JK Kerja - dua kali setahun

b. Mesyuarat Pengawas Perpustakaan - satu kali sebulan

7. Melaksanakan program-program:

a. Projek Galakan Membaca -sebelum 31 November

b. Minggu Sains dan Matematik -sebelum 31 April

c. Program Bina Minda -sebelum 31 Ogos

8. Mengeluarkan dua naskah bahan promosi sebelum 31 April dan 31 Ogos.

9. Memastikan arahan-arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah dalam masa dua minggu hari kerja selepas arahan diterima.

10. Memastikan perpustakaan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan mesra dengan kadar segera.

11. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima cadangan, pandangan dan teguran yang membina bagi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

SEKIRANYA ANDA KURANG PUAS HATI, SILA HUBUNGI PENGETUA, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ ABDUL SAMAD DI ALAMAT SEPERTI BERIKUT :

SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 7 (F)

73470 GEMAS

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Sejarah PSS

VISI P S S


* Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Palong 7 (F) sebagai nadi ilmu yang mampu menyebarkan maklumat dalam bentuk pelbagai media kepada semua warga SKP 7 dan masyarakat setempat

MISI P S S


* Untuk melahirkan individu intelek yang celik IT, berhemah dalam mengekplotasi maklumat bagi membentuk masyarakat cemerlang.

M A T L A M A T    P S S


* Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah secara menyeluruh.

* Membentuk profesion guru yang berilmu, dinamik, kreatif dan berpendidikan.

* Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk

membantu sahsiah pelajar serta pembangunan bangsa dan negara.

* Menanam minat suka membaca dikalangan guru dan murid untuk menambah

ilmu.

* Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi.

* Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antar sekolah-sekolah

luar bandar dengan sekolah-sekolah bandar.

MARI KITA BELAJAR BLOG

TAHNIAH PADA DIRI SENDIRI KERANA BERJAYA BUAT BLOG
SYUKUR ALHAMDULILLAH

ifzlan

GEMAS, NEGERI SEMBILAN, Malaysia
KENALI PSS SKP7